07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pihak JPDC (Johore Petroleum Development Corporation Berhad) yang diketuai oleh En Mohd Nazri bin Shamsudin telah hadir di dalam Mesyuarat Penyelarasan Cluster Of Excellence (OPITO Accreditation) di ILP Pasir Gudang pada 4 Disember 2024. Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina Binti A.Rahman @ Othman, telah membentangkan perancangan serta inisiatif ILP Pasir Gudang sebagai salah satu pusat bertauliah OPITO bagi pelaksanaan Kursus Jangka Pendek Pensijilan Profesional OPITO bagi tahun 2025 dalam bidang Elektrik, Instrumen & Kawalan serta Mekanikal terhadap pihak JPDC. Hasil daripada mesyuarat penyelarasan tersebut diharapkan pihak ILP Pasir Gudang dapat meningkatkan lagi peluang resklling dan upskilling kepada lepasan graduan, pekerja industri mahupun pihak komuniti terhadap pensijilan antarabangsa OPITO dalam sektor minyak dan gas. Usaha tersebut adalah selaras dengan penjenamaan semula ILP Pasir Gudang sebagai SOGA HUB pada 10 Oktober 2024 yang lalu bagi inisiatif pendidikan dan latihan berfokus kepada industri minyak dan gas bagi memenuhi keperluan industri negara.

Skip to content