PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan ke ILP Pasir Gudang dibuat dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan Februari dan kemasukan Ogos. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Dalam Talian (online) di laman web Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi sesi kemasukan Februari dan di laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi bagi sesi kemasukan Ogos. Bagi permohonan melalui laman web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.60 di kaunter BSN.
PANDUAN SYARAT KEMASUKAN KE ILP PASIR GUDANG.
**Klik di sini bagi:
| Syarat Kemasukan Lepasan SPM | Garis Panduan Pengambilan Pelajar OKU |
CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN (PENGAMBILAN SESI FEBRUARI)
PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILJTM SESI 1/ 2023 SECARA DALAM TALIAN
CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN (PENGAMBILAN SESI OGOS)
**Bagi kategori pemohon calon SPM bukan tahun semasa boleh memohon di laman web JTM seperti pautan di atas atau boleh juga berhubung secara terus dengan Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, ILP Pasir Gudang seperti alamat dan no telefon di bahagian bawah ruangan ini.
FASILITI
ILP Pasir Gudang menyediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.
BAYARAN (YURAN PENGAJIAN)
- Sijil: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
- Diploma: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
- Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut).
ELAUN BULANAN DISEDIAKAN.
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai di bahagian berikut:
Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan,
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang,
Jalan Pasir Gudang,
81700 Pasir Gudang, JOHOR.
Tel: 07-254 4153 / 4118
Faks: 07-251 1910