07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my
Pengenalan

jeTempoh latihan sepenuh masa bagi kursus ini adalah dua tahun. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama dua tahun (dari Semester 1 hingga Semester 4) dan wajib menjalani Latihan Industri dengan kontaktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga selama enam (6) bulan pada Semester 3. Pelajar akan dilatih berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori.

Persijilan

Sijil Kekompetenan
i. Sijil Pendawai Elektrik (PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

Sijil Teknologi Elektrik
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – EE-320-3:2012 – Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik Tiga Fasa oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
ii. Sijil Teknologi Elektrik oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 hingga 30 tahun;
iii. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan lulus:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik dan
  • Sains atau Subjek Teknikal
    ATAU

iv. Memiliki Sijil Vokasional Malaysia Vokasional (SVM) dengan pencapaian akademik seperti berikut:-

  • CGPA Akademik sama atau lebih daripada 3.33
  • CGPA Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM kod 114

v. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan

Sijil Teknologi Elektrik
Latihan teori dan amali : 1 tahun 6 bulan
Latihan Industri di kontraktor elektrik: 6 Bulan

Modul Teras

Semester 1

  • Electrical Act & Regulations
  • Basic Electricity
  • Single Phase Electrical Drawing
  • Single Phase Wiring System
  • Single Phase Electrical System
  • Single Phase Domestic Wiring 

Semester 2

  • Three Phase Electrical Drawing
  • Three Phase System
  • Three Phase Domestic Wiring 
  • Three Phase Indsutrial System

Semester 3

  • Latihan Industri

Semester 4

  • Three Phase AC Machine
  • Industrial Wiring System
  • Three Phase Distribution System
  • Installation & Maintenance System
  • Basic Automation System
Prospek Kerjaya

Graduan lepasan Kursus Sijil Teknologi Elektrik ini mempunyai peluang untuk bekerja sebagai Pendawai Elektrik dan Juruteknik Elektrik atau pekerjaan lain yang berkaitan di sektor awam atau swasta. Selepas berpengalaman bekerja dalam bidang elektrik, graduan juga berpeluang untuk membuka premis perniagaan sendiri. Graduan juga berpeluang untuk menjadi juru perunding daloam bidang ini.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Lepasan Sijil Teknologi Elektrik berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Elektrik beserta dengan Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Kategori AO seperti di ADTEC Shah Alam, ADTEC Kemaman, British Malaysian Institute dan lain-lain lagi.

Skip to content