Pengenalan
Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara, memasang komponen-kompenan kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalulintas.
Persijilan
PERINGKAT SIJIL :
Persijilan selepas tamat
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 G452-002-3:2018 Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
- Sijil Teknologi Automotif oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
PERINGKAT DIPLOMA :
Persijilan selepas tamat
- Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 G452-002-4:2017 Servis Lepas Jualan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Diploma Teknologi Automotif oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kelayakan Masuk
PERINGKAT SIJIL :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Memiliki SPM dengan:
- Lulus Bahasa Melayu,
- Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
- Lulus Sejarah;
- Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).
- Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
PERINGKAT DIPLOMA :
Kelayakan Masuk
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Memiliki SKM 3 TP-300-3:2013 (Automotif-Servis Selepas Jualan)
- Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Tempoh Latihan
PERINGKAT SIJIL :
Latihan teori dan amali : 24 Bulan
Latihan Industri: 3 Bulan
PERINGKAT DIPLOMA :
Latihan teori dan amali : 12 Bulan
Latihan Industri: 6 Bulan
Modul Teras
PERINGKAT SIJIL :
Sem 1
- Workshop Practice
- Vehicle Periodical Maintenance
- Petrol Fuel System
- Electrical & Electronic System 1
- Manual Transmission System
- Brake System
Sem 2
- Engine Service, Diagnosis And Repair
- Automatic Transmission System
- Suspension System
- Steering System
- Air Conditioning System
Sem 3
- Workshop Administration & Supervision Supervisory
- Engine Management System
- Electronic Control Transmission System
- Turbocharger & Supercharger
- Chassis System
- Electrical & Hybrid Vehicle System
Sem 4
- Transfer Case
- Diesel Fuel Injection Pump
- Continuous Varialbe Transmision System
- Electrical & Electronic System 2
- Automatic Air-contioning System
- Computer Aided Design
PERINGKAT DIPLOMA :
Sem 1
- Automotive Workshop Rules & Regulations
- Workshop Management
- Quality Management
- Inventory Management
- Final Year Project 1
Sem 2
- Human Resources Management
- Marketing Strategy
- Final Year Project 2
Prospek Kerjaya
Bertambah bilangan kenderaan dari sehari ke sehari menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Mekanik Automotif atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang automotif.
Peluang Melanjutkan Pelajaran
MTUN – Ijazah Sarjana Muda Teknologi