07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my
Pengenalan
kimpPara pelajar akan diberikan pendedahan di dalam bidang kimpalan secara teori dan amali. Pelajar akan dilatih menjadi mahir melakukan kerja-kerja kimpalan dengan mengambilkira aspek keselamatan. Pelajar akan membuat kimpalan ke atas logam dari logam logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membengkok dan merenggang logam. Selain mengimpal pelajar juga akan mempelajari kaedah proses pemotongan logam. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW),
Persijilan

i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM ) TAHAP 3 – MC-024-3:2012 – Shielded Metal Arc Welding (SMAW) Process oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

ii. Sijil Teknologi Kimpalan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun
iii. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus matematik/matematik tambahan
  • Lulus sejarah dan
  • Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b)

iv. Tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan

Latihan teori dan amali : 2 tahun
Latihan Industri : 3 bulan

Modul Teras

Sem 1

  • Workshop Practices
  • Fabrication Drawing 1
  • SMAW Process – Fundamental
  • SMAW Process – Carbon Steel Plate 1
  • SMAW Process – Carbon Steel Pipe 1

Sem 2

  • SMAW Process – Carbon Steel Plate 2
  • SMAW Process – Carbon Steel Plate 3
  • SMAW Process – Carbon Steel Pipe 2
  • SMAW Process – Stainless Steel Plate
  • GMAW Process – Carbon Steel Plate

Sem 3

  • Fabrication Drawing 2
  • GTAW Process – Carbon Steel Plate
  • GTAW Process – Stainless Steel Plate
  • GTAW Process – Aluminium Plate
  • FCAW Process – Carbon Steel Plate
  • Other Welding Process

Sem 4

  • SMAW Process – Carbon Steel Pipe 3
  • SMAW Process – Carbon Steel Pipe 4
  • GTAW Process – Carbon Steel Pipe
  • GTAW And SMAW Combination Process
  • Fabrication Work
  • Entrepreneurship
  • Hak Pekerja

 

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan yang meluas, antaranya di sektor minyak dan gas, industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Adtec Batu Pahat, Adtec Shah Alam, Adtec Kemaman, – Diploma Teknologi Kimpalan (Tahap 4)

Skip to content