07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my
Pengenalan
kimpKursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja fabrikasi struktur logam. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri minyak dan gas. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh membuat fabrikasi struktur logam dan boleh mengajar dalam bidang ini. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar melukis struktur logam menggunakan lukisan CAD, membaca lukisan struktur logam, mengimpal logam menggunakan pelbagai kemahiran kimpalan, membentuk dan logam serta kemahiran menyelia.
Persijilan

Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)

 i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – OG-011-3:2011 – Operasi Fabrikasi Struktur Logam oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

ii. Sijil Teknologi Operasi Fabrikasi Struktur Logam oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

 

Kelayakan Masuk

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:
a) Lulus Bahasa Melayu,
b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
c) Lulus Sejarah;
d) Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).
iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan

Latihan teori dan amali : 24 Bulan
Latihan Industri: 3 Bulan

Modul Teras

Sem 1

  • Fabrication Drawing
  • Workpiece Measurement Fitting Work 1
  • Cutting Prosess (Gas Cutting)
  • Welding Prosess (Smaw)
  • Rolling & Bending Works
  • Fabrication Work ( Parallel & Radialline Method)

Sem 2

  • Fabrication Drawing 2
  • Welding Proses (Gtaw)
  • Welding Prosess (Gmaw)
  • Fabrication Works Triangulation Method
  • Structure And Frame Fabrication

Sem 3

  • Project Planning
  • Fabrication Material
  • Fabrication Drawing 3
  • Fabrication Work (Parallel And Radial Line Method)

Sem 4

  • Automatic Cutting Process
  • Quality Control
  • Welding Process Gmaw & Fcaw
  • Structure Pre -Assembly
  • Structure Assembly
Peluang Melanjutkan Pelajaran

ILP Kuantan – Diploma Teknologi fabrikasi logam
UniKL – Diploma Teknologi fabrikasi logam

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas, bekerja di pelantar minyak. Menjadi tenaga mahir dalam bidang pertukangan besi, membuat cerucuk strukture logam. Boleh menceburkan diri dalam bidang lukisan cad struktur logam. Pemasang paip minyak dan gas dalam bidang petroleum.

Skip to content