07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal rasmi Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Johor, Kementerian Sumber Manusia (KSM). Portal ini merupakan platform bagi pihak institut menyampaikan informasi berkaitan peranan ILPPG sebagai penyedia latihan kemahiran TVET, menyediakan maklumat program-program yang ditawarkan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan serta pelbagai maklumat lain.

Harapan saya agar segala maklumat yang dipaparkan di dalam portal ini dapat memenuhi keperluan pengunjung. ILPPG merupakan agensi Kerajaan di bawah Jabatan Tenaga Manusia Kementeriam Sumber Manusia yang dipertanggungjawab untuk melatih kumpulan sasar bagi pembangunan tenaga mahir negara selaras dengan visi dan misi Jabatan.

ILPPG telah ditubuhkan pada 1982 berperanan sebagai penyedia latihan kemahiran kepada belia lepasan sekolah bagi melahirkan pekerja industri berkemahiran dalam pelbagai bidang utama seperti bidang Elektrik & Elektronik, bidang Mekanikal, bidang Pengeluaran dan bidang Minyak & Gas.

Selain itu, ILPPG juga merupakan pusat sehenti bagi pekerja industri yang ingin meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran (reskilling and upskilling) dalam bidang-bidang yang ditawarkan.

Sehingga Februari 2022, ILPPG telah melatih lebih 49 000 tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang melalui kursus jangka panjang dan jangka pendek.

ILPPG sentiasa komited dan bersikap terbuka dalam memenuhi kehendak pelanggan dan pihak berkepentingan bagi memastikan latihan yang disediakan selaras dengan keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri berkaitan. Kerjasama dengan pihak industri dan agensi-agensi berkaitan adalah dialu-alukan bagi memantapkan peranan ILPPG dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan program TVET di negara ini.

ILPPG juga sedang berusaha mempergiatkan latihan kemahiran dalam program-program berkaitan berteraskan elemen-elemen Industri 4.0. Usaha ini adalah selari dengan perkembangan semasa bagi memastikan kebolehpasaran keluaran graduan ILPPG.

Akhir kata, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan ke arah pembangunan portal ini. Orang ramai adalah dialu-alukan mengemukakan cadangan bagi menambahbaik fungsi portal ILPPG.

Sebarang maklum balas, pandangan dan input bolehlah dikemukakan melalui ruangan “Maklumbalas & Aduan” di portal ini.

Sekian, Terima Kasih.

Ts. Dr. ALINA BINTI A RAHMAN
Pengarah
ILP Pasir Gudang
Johor.

 

 

 

Skip to content