Pengenalan
KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI AO/ A4
Kursus dijalankan selama 6 bulan bagi Kategori AO dan 12 bulan bagi Kategori A4 di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor secara separuh/ sepenuh masa
a) Yuran RM 2600 untuk calon AO dan RM 3600 untuk calon A4
b) Tempoh latihan selama 480 jam untuk calon AO dan 600 jam untuk calon A4
c) Persijilan Suruhanjaya Tenaga (Sijil Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah Kategori AO/ A4)
d) Pusat Peperiksaan di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor.
Persijilan
Setiap pelajar yang menamatkan kursus akan diberikan Surat Akuan Kehadiran & Sijil Kehadiran Kursus. Bagi calon-calon yang lulus dalam peperiksaan, masing-masing akan dianugerahkan Sijil Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori ‘AO’/ ‘A4’ oleh Suruhanjaya Tenaga
Kelayakan Masuk Umum
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun (pada tarikh peperiksaan)
- Boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia
- Memiliki kelayakan pendidikan sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan penuh kerajaan. (Perlu sertakan salinan slip SPM dan salinan Sijil Berhenti Tingkatan 5)
- Selain memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga
IAITU
- Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada 2 tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan pendawaian elektrik dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (sekurang-kurangnya Kelas D bagi PW2 dan Kelas C ke atas bagi PW4).
- Memiliki Buku Log yang lengkap menerangkan tentang pengalaman kerja pendawaian elektrik seperti dinyatakan di atasbagi tempoh 2 tahun yang telah disahkan oleh orang kompeten dan juga majikan.
- Bagi calon kategori PW4 harus memiliki sijil kekomptenan sekurang-kurangnya PW2 selama setahun dan telah mendaftar sebagai orang kompeten dalam sistem ECOS ST.
Borang Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Elektrik (ST)
Modul Teras
SUKATAN PELAJARAN (SYLLABUS) BAGI PEPERIKSAAN KEKOMPETENAN
PENJAGA JENTERA KATEGORI AO:
1. Akta, Peraturan, standard, Pertolongan Cemas dan Keselamatan:
2. Keselamatan Am
3. Langkah Awasan dan Pencegahan:
4. Elektrik Asas
5. Papan Suis Utama
6. Pengubah (transformer)
7. Kabel
8. Kabel Bawah Tanah
9. Motor dan Pemula
10. Bateri, Pengecas dan system bekalan tanpa gangguan (UPS)
11. Papan Tanda Elektrik & Lampu Neon
12. Alatukur, Alat Uji dan Pengujian
13. Penges
14. Pembumian Pepasangan
15. Lampu Nyahcas dan Lampu LED
16. Tenaga dan Kecekapan Tenaga
17. Sistem Talian Atas Voltan Rendah
18. Sistem Janakuasa TungguSedia & Penyelarian Janakuasa Voltan Rendah
Prospek Kerjaya
Peserta-peserta yang berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlangnya kebiasaannya mempunyai peluang pekerjaan yang cerah dalam sektor industri perkilangan atau perdagangan. Di samping itu dengan adanya pembangunan wilayah & projek mega, maka keperluan orang kompeten akan diperlukan bagi menjaga pepasangan mengikut sekatan yang diperlukan. Selain itu juga kebanyakan perusahaan, kilang-kilang, bangunan perkhidmatan, pasaraya besar, pusat peranginan, bangunan komersial dan lain-lain tumbuh di wilayah jajahan negeri Johor membuka peluang pekerjaan dalam bidang elektrik dan memerlukan tenaga kompeten. Keperluan orang kompeten amat tinggi bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan mengisi segala peluang pekerjaan di dalam bidang ini. Adalah menjadi harapan pihak kami dan seiring atau bersama Suruhanjaya Tenaga melahirkan tenaga kompeten yang mahir.