Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menganjurkan Program Sambutan Israk dan Mikraj di asrama. Majlis dimulakan dengan bacaan zikir munajat sebelum masuknya waktu solat Maghrib, diikuti oleh ceramah khas Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Noorazam Bin Yaakob dan diselangi dengan bacaan qasidah. Majlis bertambah seri dengan adanya jamuan ringan Bubur Lambok yang disediakan sendiri oleh para pelajar ILP Pasir Gudang.