Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG menganjurkan program ini bertujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar baharu agar sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh menjalani latihan di institut ini. Program yang dijalankan pada 27 Februari 2022 ini disampaikan oleh saudara Muhamad Aidil Bin Normat yang juga Tokoh Pelajar ILPPG Sesi 2/2021.
Di dalam slot ini beliau menceritakan pengalamannya belajar di ILPPG di samping menjelaskan perkara yang dikehendaki oleh pihak industri daripada pelajar-pelajar lepasan ILP. Program berdurasi 1 jam 30 minit ini memberikan impak yang positif di dalam diri pelajar-pelajar baharu.