Kursus Jangka Pendek Modul Pelajar PUSPATRI telah diadakan pada 18-19 Februari 2022 bagi memberi pendedahan terhadap pengetahuan dan kemahiran ‘Shaft Aligment’. Program anjuran Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal ini melibatkan 6 orang peserta yang diajar kemahiran membuat penjajaran pada shaft pada motor, mesin dan lain-lain bahagian.