Lawatan pengurusan ke syarikat Harta Packaging Industry (Kilang United Kotak Bhd.) bagi melihat latihan kemahiran yang boleh dijalankan dan peluang-peluang untuk berkolaborasi.
Pihak Institut telah mengambil peluang memperkenalkan latihan kemahiran kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh ILP Pasir Gudang dan program-program berkaitan kepada pihak syarikat.
Hasil dari perbincangan tersebut, seramai 15 orang pelajar akan ditaja oleh pihak HPI sebanyak RM500/ sebulan seorang selama 6 bulan dan akan terus diserap sebagai Assistant Leader di syarikat berkenaan sekitar Kulai, Batu Pahat dan Banting, Selangor.