07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my
Pengenalan

CNCDi Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan), pelajar akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat atau alat ganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik. Selain itu, pelajar juga akan diajar untuk membaca dan memahami pelan, penggunaan mesin perkakas yang sesuai untuk sesuatu benda kerja. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.

Program Kursus yang ditawarkan
i. Sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan (SKM Tahap 3 dan Sijil Teknologi)

Persijilan

Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan (Pemesinan)

i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – MC-050-3:2015 – Operasi Pemesinan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

ii. Sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu,
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).

iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan

Sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan
Latihan teori dan amali : 2 tahun
Latihan Industri: 3 Bulan

Modul Teras

Sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan

Sem 1

  • Engineering Drawing
  • Measuring Instrument
  • Lathe Machine Operation 1
  • Milling Machine Operation 1
  • Component Assembly
  • Machine Preventive Maintenance

Sem 2

  • Grinding Machine Operation 2
  • Lathe Machine Operation 2
  • Milling Machine Operation 2
  • CNC Lathe Operation
  • EDM Sinking Operation

Sem 3

  • 2D CAD Design
  • CAM Operation
  • CNC EDM Wire Cut Operation
  • CNC EDM Machine Operation
  • Machining Maintenance Supervision

Sem 4

  • 3D CAD Design
  • Micro Precision Grinding Operation
  • CNC Milling Machine Operation
  • CNC Grinding Machine Operation
  • Machining Operation Supervision
Prospek Kerjaya

Graduan bidang Teknologi Pembuatan Pemesinan berpeluang luas memenuhi pasaran kerja dalam sektor pembuatan dan pengeluaran, seperti Juruteknik Pemesinan dan CNC, CNC Programmer, Perekabentuk Mekanikal, Kawalan Kualiti, Manufacturing, Maintenance dan penyelenggaraan mesin.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Lepasan Sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Pembuatan Pemesinan di ADTEC Batu Pahat dan ADTEC Shah Alam serta selanjutnya dibawa TEVT MQA UTHM. Bagi Level/Tahap 6 hingga 8.

Skip to content