07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Sebelum LI

Pelajar-pelajar yang layak menjalani Latihan Industri (LI), perlu menghantar permohonan penempatan LI kepada industri dan menyerahkan maklumbalas industri kepada Bahagian Khidmat Komuniti Sokongan & Pekerjaan (CESS) menggunakan format Surat Setuju Terima.

Semasa LI

Pelajar tidak dibenarkan bertukar atau berpindah tempat latihan kecuali mendapat kelulusan dari pihak CESS institut. Jika para pelajar menghadapi atau mempunyai sebarang masalah, sila hubungi atau kemukakan kepada Pegawai CESS.

Borang Pengesahan Lapor Diri LI perlu dihantar ke Bahagian CESS 1 minggu selepas melapor diri di Industri. Muatturun dokumen berkaitan:

  1. [download id=”1700″]
  2. [download id=”1704″]
  3. [download id=”1706″]
  4. [download id=”1702″]

Rekod kehadiran pelajar semasa LI hendaklah dihantar ke Bahagian CESS institut setiap bulan selepas pengesahan majikan pada minggu pertama bulan berikutnya. Bagi pelajar yang gagal menghadiri latihan kurang daripada 90%, maka Latihan Industri dianggap GAGAL.

Di akhir bulan dalam tempoh LI, pelajar akan dilawati oleh Pegawai Penilai Latihan Industri (PPLI) institut. Sila pastikan Borang Lawatan Penyeliaan & Penilaian Majikan (BK-T11-03) dan Borang Pemarkahan LI (BK-T11-04) diisi oleh majikan dan juga PPLI bertugas.

Selepas LI

Setelah 2 minggu tamat tempoh LI pelajar perlu melapor diri ke Bahagian CESS institut dan membawa bersama Buku Log LI.

Rujuk Buku Panduan LI untuk maklumat lanjut.

Skip to content