07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 26 April 2025 – Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 3 (SKPG3) telah menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 serta Hari Anugerah Cemerlang Sesi 2024/2025 yang dirasmikan oleh Pengarah ADTEC Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Haji Azli Amin Bin Ahmad Raus. Majlis yang penuh bermakna ini diadakan di SKPG3 dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru, dan pelajar yang menyemarakkan suasana.

Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan Majlis Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat SKPG3, yang bertujuan mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dan komuniti setempat. Majlis ini menjadi platform bagi menghargai kecemerlangan akademik para pelajar serta memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan masyarakat.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pengarah menekankan pentingnya kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam membentuk generasi yang cemerlang, berilmu, dan berakhlak mulia. Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah pada hari tersebut, menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

ILP Pasir Gudang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak SKPG3 atas kejayaan menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Diharapkan kerjasama erat antara institusi pendidikan dan masyarakat akan terus diperkukuhkan demi masa depan anak-anak kita.

Skip to content