07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 25 April 2025 – Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya 2025 di Stadium Tertutup MBPG yang berlangsung dengan meriah dan penuh keharmonian.

Majlis tersebut turut disertai oleh Pengarah ADTEC Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Haji Azli Amin Bin Ahmad Raus, serta pegawai CESS, Tc Megat Mohd Faizar bin Abd Wahab.

Selain itu, Tuan Pengarah juga berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan Datuk Bandar Pasir Gudang, Dato Hj Mustaffa Kamal bin Dato Hj Shamsudin, serta Tuan Hj Ahmad Hashim bin Selamat, Pengarah JKM Negeri Johor. Pertemuan ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama yang telah terjalin antara MBPG dan pelbagai pihak yang terlibat.

Semoga dengan sambutan ini, hubungan baik antara MBPG dan semua pihak yang terlibat akan terus dipereratkan demi kemajuan bersama.

Skip to content