07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Melaka, 26 April 2025: ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai Karnival Jom Masuk U 2025 Zon Selatan yang telah berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Karnival ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Karnival ini menghimpunkan pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia, menawarkan maklumat dan bimbingan secara langsung kepada para pelajar.

Penyertaan pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang diiringi oleh Pegawai Pengiring, Pn. Hjh. Edayu binti Mohd Yusof, (Kaunselor) yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan sepanjang program berlangsung.

Menariknya, seorang pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berjaya menerima hadiah cabutan bertuah yang disediakan sempena karnival ini. Sudah tentunya ini satu pengalaman manis yang pastinya menjadi kenangan berharga.

Diharapkan penyertaan ini menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus mengejar kecemerlangan, memperluaskan pengetahuan, dan membina masa depan yang lebih gemilang. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat dijadikan panduan dalam membuat pilihan yang tepat bagi perjalanan akademik mereka.

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang komited untuk melahirkan graduan yang berilmu, berdaya saing, dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Skip to content