07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 25 April 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Institut yang berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni di Dewan Platinum, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Majlis ini melibatkan kehadiran para pegawai dan pelajar, serta turut diserikan dengan kehadiran Rakan Strategik yang dihormati, iaitu Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEKS), PERKESO, Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor, Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 3, Sekolah Menengah Kebangsaan Megah Ria, Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), PETRONAS PRPC, Southern Lion, Pusat Perkhidmatan Air Biru, dan Asagoff Garage.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah pegawai-pegawai yang telah bersara, dalam usaha mengeratkan hubungan serta memupuk semangat silaturahim dalam kalangan seluruh komuniti ADTEC JTM.

Sambutan ini dimeriahkan dengan pelbagai juadah hari raya yang lazat, persembahan menarik daripada pelajar dan pengajar, serta empat gerai mewakili setiap bahagian yang menyediakan sajian istimewa dengan hiasan yang menarik dan meriah.

Majlis turut menampilkan Pertandingan Busana Hari Raya bagi kategori pelajar dan pegawai, serta Pertandingan Gerai Tercantik yang menonjolkan kreativiti dan semangat kerjasama antara warga institut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Semoga kemeriahan ini terus mengukuhkan ukhwah dan semangat kebersamaan kita.

Skip to content