07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

JOHOR BAHRU, 24 April 2025 – Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui Unit Jalinan Industri (UJI) telah mengadakan pembentangan dan perbincangan ke Pejabat Pegawai Daerah Johor bagi melaksanakan Program Kampung Angkat Madani. Rombongan Delegasi JTM yang diketuai oleh Hajah Norlisa Rahmat, Ketua Unit Jalinan Industri, telah disambut oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Mohd Masni bin Wakiman.

Delegasi JTM ini turut disertai oleh Ts Haji Yasir bin Aziz, Timbalan Pengarah BPK, Ts Dr Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, serta pegawai kanan dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Juga menyertai pembentangan dan perbincangan ini ialah En. Tukimin bin Aziz, Ketua Kampung Kampung Baru Sri Aman dan rangkaian, En. Muhammad Rizal bin Rahmat, JPKK Kampung dan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JKPP).

Dalam perbincangan tersebut, Ts Haji Yasir telah membentangkan sembilan (9) skop projek yang telah diluluskan untuk dilaksanakan di bawah Program Kampung Angkat Madani. Program ini bertujuan untuk memperkasa komuniti melalui pelbagai inisiatif pembangunan yang relevan. Mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan tapak projek, dan semua skop yang dicadangkan bersetuju untuk dilaksanakan berdasarkan keutamaan. Pihak Pejabat Daerah Johor Bahru akan membantu bagi mendapatkan kelulusan tanah yang diperlukan untuk perlaksanaan program ini dan juga bantuan nasihat teknikal bagi memastikan projek ini berjalan lancar dan mencapai matlamat perlaksanaannya Kelulusan dan kerjasama ini adalah langkah penting dalam memastikan keberkesanan dan kelancaran setiap projek yang dicadangkan.

Program Kampung Angkat Madani ini merupakan inisiatif yang memberi tumpuan kepada pembangunan sosial dan ekonomi di peringkat kampung. Diharapkan bahawa program ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat Kampung Baru Sri Aman dan rangkaian, serta meningkatkan kualiti hidup mereka melalui pelaksanaan projek yang dirancang.

Skip to content