Pasir Gudang, 24 April 2025: Tahniah diucapkan kepada semua pelajar lepasan SPM 2024! ILP turut bersama anda dalam langkah seterusnya menuju masa depan yang lebih cerah.
Melalui program Skuad ILP On-Spot: SPM Edition, kami telah menjelajah ke 13 buah sekolah menengah untuk menjalankan pameran dan promosi program lepasan SPM. Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran.
Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan khidmat bantuan dan maklumat berkaitan peluang pendidikan TVET, serta membantu pelajar membuat pilihan kerjaya yang lebih terarah selepas SPM.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan pihak sekolah, sekaligus memperkukuh peranan ILP Pasir Gudang dalam mempromosi pendidikan teknikal dan vokasional kepada generasi muda.
“Jom Pilih Kemahiran@ ILPPG”
