07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seramai 25 orang kakitangan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai telah menyertai Kursus Asas Basic Occupational First Aid, CPR and AED di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Kursus ini merupakan program latihan kompetensi yang dikendalikan oleh konsultan latihan yang diperakui oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Kursus ini bertujuan untuk melatih kakitangan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai terutamanya ahli Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan institu ini untuk menjadi Pemberi Pertolongan Cemas yang bertauliah serta bersedia menghadapi situasi kecemasan dengan cekap dan tenang. Antara kandungan utama kursus ini merangkumi latihan asas Basic Life Support termasuk CPR, penggunaan AED dan bantuan mangsa tercekik; pengurusan luka melecur dan pendarahan, termasuk pembalutan dan pemakaian bebat; pengendalian kecederaan pada tulang, sendi, otot, kepala dan tulang belakang; serta latihan simulasi dan pengendalian situasi panik secara praktikal. Kursus ini menggabungkan sesi teori dan amali untuk memastikan peserta benar-benar menguasai kemahiran yang dipelajari. Jurulatih utama kursus ialah Encik Mohammad Emirruddin Bin Mohd Zawahi dengan dibantu oleh Muhammad Azrul bin Mohd Akbar. Penyertaan dalam kursus ini memberi nilai tambah kepada tahap keselamatan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai dan membolehkan peserta memberi bantuan awal yang profesional dalam situasi kecemasan sebenar.

Kursus ini diakhiri dengan sesi ujian kompetensi bagi membolehkan para peserta dianugerahkan sijil sebagai pengamal pertolongan cemas yang bertauliah.

Skip to content