Sempena Hari Bumi Sedunia 2025, Jawatankuasa Landskap dan ESG ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menganjurkan Program Tanam Pokok melibatkan pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti ciku, nangka, jambu batu dan limau madu.
Sebanyak 500 pokok akan ditanam di Kampus Pasir Gudang dan 200 pokok lagi di Kampus Senai sepanjang tahun ini!
Program ini disertai oleh Pengarah, Ts. Dr. Azli Amin Bin Ahmad Raus, pengurusan kolej dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Aktiviti bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar, mengeratkan kerjasama warga kampus serta menangani isu seperti pencemaran serta perubahan iklim.
Dr. Azli juga menggalakkan Kempen Berbasikal di dalam dan sekitar kampus – sihat badan, sihat alam!
