07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Penduduk Kampung Plentong Baru, Kampung Plentong Utama dan Kampung Plentong Jasa Permas Jaya telah menyaksikan persembahan Qasidah daripada ahli-ahli Qasidah Adtec Kampus Pasir Gudang sempena Majlis ‘Open House’ Mega Raya Masjid Kampung Plentong Baru pada 18 April 2025. Majlis yang dirasmikan oleh ADUN Permas Jaya, Tn Hj Baharudin Bin Mohamed Taib ini dihadiri seramai 2000 orang . Para jemputan dan orang ramai memuji akan kelunakan irama qasidah yang didendangkan. Mengambil kesempatan ini, aktiviti mempromosikan Adtec Kampus Pasir Gudang sebagai tempat terbaik untuk mengikuti Latihan TVET turut diadakan.

Skip to content