07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Biro Kerohanian & Khidmat Sosial MPP telah menjalankan Kursus Smart Solat bermula daripada 7 April 2025 hingga 17 April 2025. Dalam kursus ini para pelajar ditekankan untuk menguasai 13 rukun solat sebagaimana cara Rasulullah SAW mengerjakan solat. Cara bacaan dan pergerakan solat gaya Rasulullah itu ditunjukkan berdasarkan hadis sahih. Tidak ketinggalan cara solat yang salah turut ditunjukkan supaya pelajar tidak mempraktikkan dalam ibadah seharian. Di antara program lain yang dilaksanakan adalah :-

7 – 8 April 2025 ~ Kursus Smart Solat (Bahagian 1)

9 April 2025 ~ Bengkel Amali Solat ( Kendalian oleh Fasilitator Surau )

10 April 2025 ~ ADTEC Pasir Gudang Quran Hour

14 April 2025 ~ Kelas Intensif Al-Fatihah

15 – 16 April 2025 ~ Kursus Smart Solat (Bahagian 2)

17 April 2025 ~ ADTEC Pasir Gudang Quran Hour

Semoga program ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang lengkap ilmunya samada dari segi dunia mahupun ukhrawi.

Skip to content