07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bandar Seri Alam, 17 April 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah dijemput untuk menyertai Pameran Kerjaya yang berlangsung di SMK Seri Alam 2. Pameran ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran.

Team promosi ADTEC JTM Pasir Gudang terdiri daripada Pengajar Bengkel Teknologi Pembuatan (Perkakasan Dai), iaitu En. Muhammad Adam bin Mahfodz dan En. Sallehuddin bin Hj Kassim, bersama beberapa orang pelajar. Team ini telah berkongsi maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan, peluang kerjaya selepas tamat latihan, serta penerangan penghasilan produk menggunakan mesin.

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas jemputan ini dan berharap lebih ramai pelajar akan memilih TVET sebagai pilihan masa depan mereka.

Skip to content