PASIR GUDANG, JOHOR, 10 APRIL 2025
Sesi perbincangan dalam talian (11.30 pagi – 12.30 tengahari) telah diadakan antara Puan Punitha Bangaraiyah dari Jabatan Akademik & Pembangunan Insan, ADTEC JTM, Kampus Pasir Gudang bersama Dr. Hema Rosheny bt Mustafa, Pengurus MyLinE dari Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UTM dan Pn. Norlela Noordin, seorang pengajar MUET yang berpengalaman.
Perbincangan ini memfokuskan kepada usaha menjalin kolaborasi strategik serta membuat persediaan awal bagi penganjuran kursus jangka pendek bertajuk ‘ACE MUET: Strategic Masterclass with MUET Specialists’.
Hasil pertemuan ini, kursus berkenaan dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Mei 2025. Kertas cadangan akan dikemukakan kepada Tuan Pengarah dan Unit CESS untuk pertimbangan dan kelulusan selanjutnya.
