07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Subang Jaya, 9 April 2025 – ADTEC JTM, Kampus Pasir Gudang telah mengadakan kunjungan hormat ke Syarikat Autotronics Center of Excellence Sdn. Bhd., yang diwakili oleh En. Muhd Farriezzudeen Thajudeen, bagi membincangkan penubuhan Center for Electric Vehicle Certification di Zon Selatan.

Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir.Gudang, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, menerangkan bahawa perbincangan ini bertujuan untuk memastikan penubuhan Center for Electric Vehicle Certification di Zon Selatan berjalan mengikut perancangan serta perlaksanaan latihan dalam bidang teknologi kereta elektrik yang semakin berkembang pesat. Dalam sesi tersebut, pihak Autotronics akan melakukan penilaian semula ke atas fasiliti dan peralatan yang ada di Bengkel Automotif ADTEC Kampus Pasir Gudang, untuk memastikan kemudahan tersebut memenuhi keperluan pensijilan PPA PPT Amali dengan segera.

Center for Electric Vehicle Certification di Zon Selatan dijangka akan menyediakan peluang latihan bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Sijil lMI Tahap 3 United Kingdom yang komprehensif dan profesional kepada individu dan tenaga kerja di Zon Selatan, terutamanya di Negeri Johor, yang kini menyaksikan peningkatan permintaan dalam bidang mobiliti hijau dan kenderaan elektrik.

Skip to content