Skudai, 23 Mac 2025 – Pasukan Wira KESUMA Pasca Banjir dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai telah turun padang ke Kg Sinaran Baru untuk misi bantuan pasca banjir. Misi kemanusiaan ini diketuai oleh Ts. Dr. Hj. Azli Amin, bersama Tn. Hj. Zuraidy (TPO), En. Muhamad Faizul, En. Muhammad Adam, dan En. Mohd Farkhan. Turut serta dalam pasukan ini adalah 21 pelajar ADTEC JTM – 12 dari Kampus Pasir Gudang dan 9 dari Kampus Senai.
Sepanjang program, pasukan ini gigih melaksanakan kerja-kerja pembersihan rumah serta membantu membuang barangan rosak akibat banjir di tujuh buah rumah yang terjejas, termasuk di Kg Sinaran Baru dan Kg Tawakal. Usaha ini bukan sahaja meringankan beban penduduk yang terkesan, tetapi juga memperkukuh semangat gotong-royong dan keprihatinan dalam kalangan sukarelawan serta komuniti setempat.
