Buat julung-julung kalinya Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus membuat kunjungan muhibah ke syarikat kerjasama, Kian Joo Can (Johore) Sdn Bhd sejak beliau memegang jawatan sebagai pengarah di kolej ini. Pihak kolej yang juga dihadiri oleh pegawai CESS telah disambut mesra oleh pihak pengurusan syarikat yang diketuai oleh Mr Lin Wai Hoong, Ketua Kumpulan Sumber Manusia KJCF dan Ms Lim Mong Nee, Pengurus Operasi KJCJ.
Selain sebagai salam perkenalan kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat, kunjungan juga bertujuan untuk membincangkan program yang boleh dlaksanakan bersama bagi tahun 2025 ini. Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk meneruskan program-program yang telah dilaksanakan pada tahun 2024 seperti Program Akademik Dalam Industri (ADI) yang sebelum ini dikenali sebagai SLDN, penempatan Latihan Industri dan pekerjaan graduan, ESG, CSR, kursus-kursus jangka pendek kepada kakitangan syarikat serta pihak kolej mencadangkan untuk diperluaskan kerjasama ini dalam bidang TCP pula. Diakhir kunjungan ini pihak kolej telah diberi peluang untuk melihat sendiri pengoperasian syarikat di kawasan pengeluaran produk. Diharap kunjungan ini akan mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara pihak kolej dengan pihak syarikat.
