ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan delegasi dari Kolej Vokasional Kota Tinggi yang diketuai oleh Encik Zulkefli bin Ismail Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Delegasi ini disertai oleh Ketua Jabatan dan Pensyarah Bidang Automotif di KV Kota Tinggi dan disambut oleh Timbalan Pengarah Latihan, Ts Eza Binti Monzaid, Ketua Jabatan Mekanikal Pengeluaran, Pengajar bengkel Automotif dan Pegawai CESS. Kunjungan delegasi ini bertujuan mengadakan lawatan ke bengkel Automotif seterusnya mengemukakan surat niat untuk menjalinkan kolaborasi bersama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Antara kerjasama yang dibincangkan adalah perkongsian kemahiran, kepakaran dan ilmu dalam bidang teknikal seperti persijilan profesional, khidmat nasihat teknikal seperti peralatan terkini dan apa-apa kepakaran yang difikirkan sesuai untuk pelajar dan tenaga pengajar kedua-dua institut. Memberi peluang kepada tenaga pengajar menjalani program peningkatan kemahiran serta kerjasama dalam bidang lain atau apa-apa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
