Program ILPPG Prihatin ADTEC JTM Kampus Senai telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah. Program ini dijalankan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 malam dan disertai oleh lapisan komuniti serta warga ADTEC JTM Kampus Senai.
Antara aktiviti utama yang berlangsung adalah,
1. Sumbangan Raya kepada Asnaf dan Anak Yatim, Sebanyak 10 penerima dari komuniti setempat dan 20 penerima pelajar ADTEC JTM Kampus Senai telah menerima sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan usaha bersama dalam meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.
2. Program Bubur Lambuk Madani, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial, bubur lambuk madani telah diedarkan kepada beberapa agensi setempat dan pihak yang memerlukan, termasuk SIRIM, Balai Polis Senai, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Senai, dan komuniti sekitar Kampus Senai.
3. Majlis Iftar Perdana, Majlis berbuka puasa (iftar) perdana ini turut diadakan bersama pelajar dan kakitangan ADTEC JTM Kampus Senai, mengukuhkan semangat ukhuwah serta mempereratkan hubungan antara semua yang hadir.
4. Terawih Perdana, Satu solat terawih perdana turut diadakan selepas iftar, memberi peluang kepada semua yang hadir untuk beribadah bersama-sama dalam suasana yang penuh keberkatan.
Pengarah Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, turut sama memeriahkan program ini dan memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan aktiviti tersebut.
Semoga program seperti ini dapat terus dijalankan bagi memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat serta warga ADTEC JTM Kampus Senai.
