Pada 20 Mac 2025, 11.30pm, seramai 12 pelajar Bahagian Teknologi Elektrik, diketuai oleh En. Wan Mahmudul bersama Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, telah melaksanakan kerja-kerja pendawaian tambahan di PPS Balai Raya Kg Sinaran Baru. Pemasangan lampu tambahan ini bertujuan meningkatkan pencahayaan, khususnya bagi penempatan khemah sementara mangsa banjir.
Sehingga jam 11:00 malam, seramai 281 penduduk terkesan, dengan 190 daripadanya telah melapor di PPS setakat 8:30 malam. Diharapkan usaha ini dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada semua penghuni PPS.
