07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

20 Mac 2025 – Perhimpunan pelajar bersama Pengarah baharu, Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus telah berlangsung buat kali pertama di Adtec Kampus Senai di Dewan Sri Johor bermula jam 11.30 pagi. Dimulakan dengan nyanyian Lagu Rasmi dan bacaan doa, Bacaan Ikrar Rukun Negara telah diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Sdr. Muhammad Yusry bin Azuan.

Seterusnya bacaan petikan Buku Peraturan Tatatertib Pelajar ILJTM oleh Sdr. Mohamad Aqil Afifi bin Mohamad Yazid dan petikan tersebut diulas oleh En. Redha Anwar bin Mohamad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang menerangkan peraturan berkenaan ketidakhadiran pelajar dalam waktu latihan yang boleh membawa kepada tindakan tatatertib dan sekiranya semakin serius boleh menyebabkan pelajar tersebut diberhentikan dari latihan.

Seterusnya taklimat dari Puan Hajah Edayu binti Mohd Yusof, Kaunselor merangkap Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan Latihan (BPPL) yang mengingatkan kepada semua pelajar agar mematuhi semua peraturan Institut. Beliau juga memaklumkan institut kini mempunyai dua orang Kaunselor Pelatih yang sedia membantu para pelajar sekiranya memerlukan perkhidmatan kaunseling.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat YBrs. Ts Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ILP Pasir Gudang. Tuan pengarah menyatakan beliau berbesar hati menghadiri perhimpunan yang buat kali pertama diadakan di Kampus Senai ini. Beliau juga memberi saranan kepada para pelajar agar menghargai peluang belajar di kampus yang baru dan tersergam indah ini dengan mematuhi peraturan serta belajar dengan bersungguh-sungguh.

Dalam sesi ucapan itu juga, Tuan Pengarah telah membuka ruang bagi pelajar menyatakan hasrat atau aduan. Isu keluar solat Jumaat menaiki kenderaan persendirian telah diajukan oleh Sdr. Muhammad Yusry bin Azuan Presiden MPP dan telah dijelaskan oleh tuan pengarah bagi permohonan tersebut dengan membuat permohonan rasmi yang berkaitan.

Selesai ucapan Tuan Pengarah, majlis diteruskan lagi dengan Program ILP Prihatin, iaitu Penyampaian Sumbangan Raya Aidilfitri kepada petugas keselamatan serta duit raya kepada pelajar yang terpilih. Perhimpunan bersurai pada jam 1.00 petang.

Skip to content