Seawal pagi penyediaan bubur lambuk ini dijalankan oleh segenap lapisan warga ADTEC Pasir Gudang. Para pengajar dan pelajar bergotong-royong melaksanakannya secara beramai-ramai. Tidak ketinggalan ianya turut disediakan oleh Tuan Pengarah ADTEC Pasir Gudang, Ts.Dr.Hj Azlin Amin Bin Ahmad Raus dan pengurusan tertinggi kolej ini.
Program ini bertujuan untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan semua warga ADTEC Pasir Gudang di samping berpeluang menjalankan khidmat komuniti dengan cara mengedarkannya kepada penduduk setempat. Seramai hampir 1000 orang mendapat manfaat terhadap program yang dijalankan.
Semoga program anjuran JKK Surau Al-Mawaddah Adtec Pasir Gudang dengan Kerjasama KSDK dan MPP ini mendapat keredhaan Allah SWT dan dapat diteruskan dari masa ke masa.
