07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pihak pengurusan ILP Pasir Gudang yang ketuai oleh Pengarah Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus telah mengadakan kunjungan hormat beliau yang pertama ke Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan disambut mesra oleh Pegawai Pendidikan Daerah di situ Tuan Muhamad Ali bin Harun. Kunjungan yang disertai bersama oleh Timbalan Pengarah Operasi serta pegawai dari Unit CESS ILPPG ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak institut dengan pihak PPD Pasir Gudang selain membincangkan program-program yang boleh dilaksanakan bersama dalam memperkenalkan TVET dan ILP Pasir Gudang kepada pelajar-pelajar di bawah selian PPD ini. Di akhir kunjungan kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi menandatangani Nota Kerjasama serta melaksanakan beberapa program dalam memberikan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas dari sekolah-sekolah di bawah selian PPD Pasir Gudang.

Skip to content