Bersempena malam Nuzul Quran suatu kempen membaca Al Quran dijalankan di asrama ADTEC Pasir Gudang. Kempen ini sebagai salah satu usaha yang dilakukan oleh MPP ILPPG untuk menyemai semangat cintakan Al Quran di kalangan para pelajar di samping menyambut kedatangan malam Nuzul Quran.
Selepas daripada solat taraweh para pelajar meluangkan masa membacanya beramai-ramai. Tazkirah ringkas sejarah penurunan Al Quran turut disampaikan kepada pelajar.
