Masjid Ar-Rahman, Taman Putri, Kulai – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menjemput ILP Pasir Gudang bagi turut serta menjayakan Program Rakan Muda Ramadan peringkat Negeri Johor pada 16 Mac 2025.
Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan Nasyid, pertandingan Azan, pertandingan Tilawah, Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBrs. Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor diiringi oleh wakil rasmi Pegawai Daerah Kulai serta Pengerusi Masjid Ar-Rahman.
Program ini bertujuan menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan bagi para belia dan pelajar ILP Pasir Gudang juga tidak ketinggalan dalam menyertainya.
