Ikan selayang segar,santan,pucuk paku,daun meranti,daun kunyit,halia,pucuk manis,daun selasih,daun kesum dan lada hitam merupakan resepi utama masakan bubur lambuk yang disediakan oleh MPP kepada staf ADTEC Pasir Gudang.
Tujuan utama program memasak bubur lambuk ini ialah untuk menzahirkan rasa syukur dan terima kasih daripada pelajar-pelajar kepada pengajar-pengajar yang selama ini membanting tulang mendidik para pelajar.
Program anjuran Biro Kerohanian MPP ini tampak lebih istimewa dengan kehadiran ALUMNI ILPPG (Teknologi Minyak & Gas),Encik Muhammad Aliuddin Bin Alias yang turut sama memasak bubur lambuk tersebut. Beliau sanggup mengambil cuti untuk bersama-sama pelajar untuk menghasilkannya .
Program ini jelas menunjukkan pelajar ADTEC Pasir Gudang mempunyai rasa apresiasi yang tinggi terhadap guru-gurunya dan tidak melupakan tempat mereka menimba ilmu.
