07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

STADIUM SULTAN IBRAHIM – Southern Volunteer (SV) telah menjemput ADTEC Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai bagi merancakkan lagi sokongan terhadap pasukan JDT dalam saingan kalah mati Asia Champions League Elite.

Pelajar dan kakitangan institut ini telah turut serta menyaksikan perlawanan diantara pasukan JDT menentang pasukan Buriram dari Thailand. Sebelum perlawanan dimulakan, semua peserta turut serta bersama SV yang lain mengagihkan bubur lambuk kepada penonton yang hadir untuk berbuka puasa.

ADTEC Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai amat menyokong usaha kesukarelawanan yang giat dijalankan oleh Southern Volunteer. Semoga kerjasama ini akan berterusan dan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Skip to content