Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Bil.01/2025 bagi ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai telah diadakan pada 13 Mac 2025 di Bilik Seminar secara hibrid. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Hj. Zuraidy bin Kadir, Timbalan Pengarah Operasi merangkap Penasihat MPP.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh barisan kepimpinan MPP bagi kedua-dua kampus. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Penyelaras MPP, Warden dan Penyelia Asrama yang membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan kebajikan dan pembangunan pelajar.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk:
Perancangan program & aktiviti pelajar
Inisiatif kebajikan & sokongan akademik
Isu semasa dan penyelesaian proaktif
Mesyuarat ini bertujuan memastikan pengurusan MPP berjalan dengan lancar serta efektif dalam memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan pelajar.
