07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

1) JALINAN UKHUWAH KOTA SINGA – 12 Mac 2025|

Bila hati dipenuhi cinta,sesukar mana pun akan diredahi. Begitulah keadaannya kepada Saudara Mohamad Azlan Bin Aziz, ALUMNI kimpalan yang berkhidmat sebagai supervisor Lifting di Singapura. Beliau mengambil peluang ini untuk hadir solat teraweh bersama pelajar ILPPG dan berbesar hati menyampaikan motivasi kepada jemaah yang hadir. Semangat yang ditunjukkan beliau wajar dicontohi.

2) SOLAT TARAWEH BERSAMA ALUMNI – 13 Mac 2025|

Bekerja bukan alasan untuk meninggalkan solat berjemaah. Atas dasar cintakan tempat menimba ilmu, 2 orang ALUMNI ILPPG,Encik Muhammad Zulfikri Syah Bin Aqasyah (Alumni Kimpalan) dan encik Mohd Nazif Bin Nazim (Alumni Instrumen) meluangkan masa untuk memimpin solat taraweh disini.

Bukan itu sahaja,mereka turut menjadi juri kepada Program Pertandingan Bilal Taraweh anjuran Biro Kerohanian MPP ILPPG. Encik Muhammad Zulfikri Syah merupakan tokoh pelajar ILPPG sesi 2018 manakala encik Mohd Nazif merupakan mantan Imam Surau Al Mawaddah. Kehadiran mereka berdua menjadikan solat taraweh malam itu bersuasana ala-ala Masjid Madinah kerana kemerduan bacaan quran yang dipimpin 2 Alumni tersebut.

Encik Muhammad Zulfikri kini merupakan QC Inspector di MMHE manakala encik Muhammad Nazif berkhidmat sebagai Juruteknik Instrumen di salah sebuah firma industri di Batu Pahat.

Skip to content