07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 11 Mac 2025 pihak ILP Pasir Gudang telah menerima kunjungan muhibah daripada Pengetua SMK Taman Megah Ria, Puan Soranam a/p Karupayah bersama salah seorang guru sekolah tersebut, Puan Nurul Eliyana binti Mohd Yazed. Kunjungan bertujuan untuk membincangkan usaha-usaha serta aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama dalam memperkenalkan ILP Pasir Gudang kepada pelaja-pelajar sekolah tersebut. Kedua-dua belah pihak juga telah bersetuju untuk menandatangani Nota Persefahaman bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan institut. Diharap dengan kerjasama yang bakal dilaksanakan ini dapat memberi manafaat kepada kedua-dua belah pihak dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran di kalangan belia-belia negara ini.

Skip to content