07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Telah berlangsung Majlis Amanat Pengarah Baharu, Ts Dr Hj Azli Amin Bin Ahmad Raus bersama warga kerja ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai secara hybrid di Dewan Kuliah Utama (DKU) dan melalui video conference.

Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor, Lagu Kebangsaan, “Negaraku,” dan lagu rasmi JTM,” diikuti bacaan doa.

Tuan Pengarah, Ts Dr Hj Azli Amin kemudiannya menyampaikan ucapan pengenalan serta memberikan amanat beliau yang memberi fokus kepada visi dan misi jabatan untuk dihayati dan dipraktikkan kepada seluruh warga kerja ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai. Antara intipati amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah adalah :-

1️⃣

 Komitmen dan dedikasi semua staf dalam menjalankan tugas yang diamanahkan serta dapat menjayakan program yang berkualiti.

2️⃣

 Setiap tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan sempurna untuk memastikan pencapaian yang cemerlang kepada institut.

3️⃣

 Setiap kerja dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan supaya perjalanan operasi jabatan mengikut ketetapan masa yang ditentukan.

4️⃣

 Setiap yang dilakukan memberikan kesan kepada orang lain.

5️⃣

 Saling menghormati orang lain, bekerjasama dan menyayangi antara satu sama lain untuk memberikan keceriaan di tempat kerja kerana kita bekerja secara berpasukan.

6️⃣

 Pembelajaran berterusan sepanjang hayat, dimana bidang TVET bukan sekadar mengajar teori dan kemahiran tetapi juga kita perlu membentuk Modal Insan dengan disiplin, jati diri dan daya saing dalam diri pelajar untuk menempuh alam pekerjaan di kemudian hari. Tenaga pengajar dan kakitangan juga sebagai mentor, pembimbing dan inspirasi kepada pelajar untuk dicontohi.

7️⃣

 Terbinanya ADTEC JTM Kampus Senai yang akan menjadi model Smart Campus JTM dan bangunan tambahan baru Bengkel Kimpalan baru di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang diharap dapat mencapai hala tuju TVET negara serta dapat menghasilkan tenaga kerja yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri dengan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, pemikiran kritis dan keusahawanan. Diharap Kampus Pasir Gudang & Senai dapat mengekalkan 100% kebolehpasaran pelajar di masa akan datang.

8️⃣

 Dalam era cabaran pendigitalan TVET, diharap semua warga kerja dapat bersama membangun dengan perubahan teknologi dan menggunakan teknologi ini dalam membantu tugasan harian seperti AI, pembelajaran digital agar pembelajaran kita seiring dengan era pembangunan teknologi yang terlalu pesat.

Di akhir perhimpunan ini juga, Pengarah juga menekankan dengan semangat kekitaan yang menjadi tonggak kepada KITA JTM. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah dan semangat kerja berpasukan yang kuat dan kesungguhan kita untuk terus maju serta mengatasi cabaran ini bersama sebagai 1 pasukan.

Skip to content