Pihak penganjur Pertandingan Azan U-Central Mall Masai berbesar hati menjemput salah seorang pelajar ILP Pasir Gudang, Saudara Mohd Syafiq bin Mohd Yusuf sebagai juri pertandingan azan anjuran pasaraya tersebut. Beliau bergandingan dengan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (Saudara Muhammad Zuhair Huzaifah) untuk mengadili 16 orang peserta yang terlibat.
Penglibatan pelajar ILPPG membuktikan bahawa pelajar kemahiran turut berpeluang dan diberi kepercayaan di dalam mengadili program-program keagamaan seperti ini. Mohd Syafiq merupakan pelajar Semester 3 Teknologi Kimpalan yang juga Presiden MPP ILPPG.
