07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 𝟔 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓, 𝐌𝐢𝐜𝐫𝐨𝐭𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜𝐬 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝 telah mengadakan lawatan dan taklimat kerjaya di ADTEC Kampus Senai. Taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Sumber Manusia, Kalai Vaani a/p Veeraya, bersama dua pembantu, memberi gambaran menyeluruh mengenai syarikat serta keperluan tenaga mahir dalam bidang Elektronik Industri.

Delegasi syarikat turut melawat bengkel Elektronik Industri, diiringi oleh Ketua Bahagian, En. Mohd Qayyum bin Mohd Khalid, yang menerangkan proses pembelajaran di ADTEC. Di akhir sesi, pihak syarikat juga menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama pintar dalam perkongsian kepakaran dan teknologi serta mempelawa pelajar semester akhir yang berminat untuk menghadiri temuduga dan menyertai organisasi mereka.

Skip to content