07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Projek pembinaan bangunan Bengkel Kimpalan Tambahan telah dilaksanakan dengan kos RM 12 juta dan ini merupakan sebahagian daripada Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Projek ini melibatkan Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru yang diketuai oleh Jurutera Daerah, dan Syarikat Saharil Holdings Sdn Bhd selaku kontraktor utama.

Projek ini melibatkan skop kerja pembinaan seperti pembinaan bengkel kimpalan, pembinaan Compact Substation, laluan pejalan kaki berbumbung, dan On-Site Detention Pond, yang kesemuanya berfungsi untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti latihan yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang. Pembinaan bangunan tambahan ini dijangka dapat menampung kapasiti pelajar kimpalan sepenuh masa seramai 150 orang dalam satu-satu masa, yang akan menjalani latihan dan kursus yang lebih menyeluruh dalam bidang kimpalan di ILP Pasir Gudang.

Penyerahan bangunan ini telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah Johor Bahru, Ir. Mohd Zulkarnain Bin Sulaiman kepada Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Haji Azli Amin Bin Ahmad Raus dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Ts Kamaruzaman Bin Mohd Ali.

Skip to content