07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

KSDK ILPPG telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi & Perpisahan staf pada 25 Februari 2025 pukul 10.30 pagi bertempat di Dewan Platinum ILPPG. Majlis Sanjungan Budi ini meraikan Pn Pengarah iaitu Ts Dr Alina binti A Rahman @ Othman yang akan berpindah ke Bahagian Kawalan Teknikal, Ibu Pejabat.

Aturcara dimulakan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Latihan, Pn Eza binti Monzaid dan seterusnya pegawai berpindah iaitu Ts Dr Alina binti A Rahman @ Othman. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada pihak KSDK, unit CESS, BPPL dan bahagian Pentabiran. Sesi bergambar beramai-ramai turut diadakan di penghujung majlis sebagai tanda kenang-kenangan.

Di dalam majlis tersebut, Pengarah mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan berkongsi kenangan manis sepanjang perkhidmatannya selama 3 tahun bermula 21 Februari 2022 sehingga Februari 2025. Suasana di dewan penuh emosi apabila Montaj Perpisahan pengarah ditayangkan.

Majlis Sanjungan Budi ini berjalan lancar dan meriah. Seluruh warga ILP Pasir Gudang mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa YBrs Ts Alina binti A Rahman @ Othman yang telah memimpin kami dalam mencapai misi dan visi institut. Sesungguhnya sumbangan dan bakti inilah yang telah banyak membantu kepada kecemerlangan ILP Pasir Gudang pada hari ini.

Skip to content