07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bersempena menjelangnya bulan Ramadan, Biro Kebajikan dengan Kerjasama Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial MPP ILPPG telah mengambil inisiatif menjalankan program Happy Food kepada para pelajar pada 24-27 Februari 2025.

Program ini bertujuan mengadakan aktiviti keusahawanan dengan menawarkan harga rahmah kepada para pelajar sekaligus membantu pelajar dalam perbelanjaan sehari-hari.

Biro Keusahawanan pula mengambil peluang ini untuk mengadakan Program T.O.T kepada para pelajar yang mahu berjinak-jinak dalam bidang masakan dan perniagaan.

Antara bengkel masakan yang dijalankan ialah bengkel penyediaan burger dan wrap, kebab dan mee goreng. Program ini mendapat sambutan yang hangat sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk solat berjemaah di surau.

Skip to content