STADIUM SULTAN IBRAHIM – Southern Volunteer (SV) telah menjemput ILP Pasir Gudang bagi merancakkan lagi sokongan terhadap pasukan JDT dalam Liga Super dan juga Asia Champions League Elite. Pelajar dan kakitangan ILP Pasir Gudang telah turut serta menyaksikan perlawanan diantara:
JDT vs PDRM 5 Februari 2025 (Liga Super)
JDT vs Pohang Steelers (Korea Selatan) 18 Februari 2025 (ACLE)
JDT vs Perak 24 Februari 2025 (Liga Super)
ILP Pasir Gudang tidak terkecuali dalam memberi sokongan penuh kepada pembangunan industri sukan di Malaysia. Penyertaan ini merupakan satu tanda ILP Pasir Gudang memberi perhatian kepada kebajikan dan masa lapang pelajar yang menjalani latihan di sini dengan memastikan terdapat aktiviti-aktiviti seperti ini.
