07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kerajaan Negeri Johor melalui Southern Volunteer (SV) telah mengadakan Program SV Go Green @ Johor Bersih 2025 bertempat di Sungai Tebrau, Kampung Bakar Batu. ILP Pasir Gudang turut diundang bagi memeriahkan program tersebut. Seramai 270 orang pelajar dan 30 orang kakitangan telah bersama-sama membantu membersihkan kawasan tepi sungai tersebut.

Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor yang diiringi oleh YB Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor serta YB Dato’ Haji On bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan). Turut memeriahkan suasana dengan dendangan lagu-lagu yang diputar oleh jemputan khas, DJ Mia.

ILP Pasir Gudang amat komited dalam melestarikan kebersihan alam sekitar dan kerja-kerja khidmat masyarakat (CSR) melalui Wira Kesuma yang merupakan salah satu agenda dalam melahirkan Pekerja Kesuma Bangsa, iaitu pekerja yang berkemahiran tinggi, berakhlak mulia serta bertanggungjawab terhadap majikan, masyarakat dan negara.

Skip to content